Selepas gaduh besar dengan suami, Lizzy umum hamil
Masalah rumah tangga yang sedang melanda beberapa pasangan artis sememangnya menjadi topik perbualan ketika ini.
Buat pelakon dan juga penyanyi, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy, dia mengakui dalam rumah tangganya juga pernah berdepan pergaduhan besar.
Rumah tangga ada pasang surut
Memetik laporan dari Kosmo! Lizzy mengakui hubungannya dengan suami tidaklah seindah apa yang sering dipaparkan dalam media. Sama seperti pasangan lain yang ada pasang surut, mereka juga sering bergaduh akibat salah faham.
“Orang tengok kami manis apa semua dalam media sosial, di belakang, mereka tak tahu kami sama juga macam orang lain ada bergaduh besar-besar.
“Banyak kali gaduh teruk. Masalah rumah tangga, biasalah (bergaduh).
“Dengan situasi sekarang (ramai orang bercerai disebabkan orang ketiga), saya bimbang sebenarnya.
“Suami saya kerja di hospital. Dia jumpa ramai orang setiap hari. Kadang-kadang, apabila saya telefon dia tak angkap, saya mesej tak berbalas, saya pun jadi ‘insecure’ (berprasangka).
“Tapi, setakat ini, rasanya tak ada isu . Saya pula tiadalah nak pantau dia kat mana 24 jam. Kalau saya perangai begitu, saya rasa saya kena cerai nanti (tertawa) sebab dia memang tak layan benda macam itu,” ujarnya.
Tak sabar nak mengandung
Dalam pada itu, dia juga menyatakan yang tidak sabar untuk cuba hamil apabila sudah masuk dua tahun usia perkahwinannya dengan Dr. Siew Jim.
“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar.
“Saya dah suami masih tinggal berasingan. Tapi, mungkin dalam seminggu, empat lima hari dia akan datang rumah saya.
Walaupun menyedari kesibukan suaminya yang berkerja di hospital, pemilik nama sebenar Tan Su Mei, 30 mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk bergelar ibu dan telah berbincang dengan suami untuk tinggal bersama jika dia disahkan hamil.
“Tapi, saya dah cakap dengan suami kalau saya dah hamil nanti, dia kenalah tinggal bersama dengan saya. Takkan saya nak jaga anak seorang diri (ketawa). Macam tak logik benda itu,” ujarnya.
Untuk rekod, Lizzy telah melangsungkan perkahwinan dengan suaminya pada Mac 2021 ketika negara masih berdepan pandemik.
Perkahwinannya juga hanya dihadiri oleh orang terdekat dan dijalankan secara tertutup mengikut prosedur kawalan pergerakan (PKP).
Pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu juga menyatakan yang dia dan suami akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cahaya mata pada tahun 2023 kerana masing-masing sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa.
Post a Comment for "Selepas gaduh besar dengan suami, Lizzy umum hamil"