“Setahun Ayah Pergi, Kami Rindu Ayah..” – Ibu Bapa Bakal Bercerai, Luahan Anak Syamsul Buat Ramai Sebak 🥺
“Setahun Ayah Pergi, Kami Rindu Ayah..” – Ibu Bapa Bakal Bercerai, Luahan Anak Syamsul Buat Ramai Sebak 🥺
Bapa kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.
Memetik laporan Harian Metro, dia yang juga penerbit dan pengarah tersohor mengatakan tindakan itu dibuat bagi menjaga hati semua oihak selain enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.
“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan,”ujarnya.
Pengarah berusia 68 tahun itu berkata, cukuplah hanya memberi segala kenyataan yang diberikan sebelum ini. Dalam pada itu. Yusof mengatakan dia hanya mampu mendoakan terbaik buat rumah tangga anaknya bersama isteri-isteri.
“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, Yusof ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana mahu menjaga hati semua pihak dan enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang.
Pun begitu, dia tetap kecewa dengan tindakan Syamsul mengawal dan menyelesaikan masalah rumah tangga bersama kedua-dua isterinya.
Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan Syamsul di media sosial, dia meminta masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang dilalui dimana isteri pertama serta keluarganya menentang perkahwinan keduanya dengan Ira Kaza.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada minggu lalu, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kaza di Thailand berwalikan bapa kandung wanita terbabit yang juga aktor terkenal, Kazar Saisi. Butiran pernikahan mereka tidak pula dinyatakan secara jelas oleh Syamsul.
PELAKON Puteri Sarah Liyana memohon agar suaminya, Syamsul Yusof tidak meletakkan kesalahan pada dirinya berhubung kemelut rumah tangga mereka yang sudah berlarutan sekian lama akibat kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara sinikal turut meminta Syamsul untuk tidak berlagak suci demi menutup semua kesalahan yang dibuat sebelum ini.
“Syamsul, jangan letakkan kebodohan awak di pihak saya. Berhenti guna nama Allah untuk melihatkan seperti awak terlalu baik di mata manusia,” katanya.
Puteri Sarah Liyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sering sibuk bekerja dan jarang berada di rumah yang menjadi antara penyebab masalah mereka.
Pelakon itu turut memberi gambaran dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Summayah juga memahami situasi tersebut dan sering bertanya mengapa bapa mereka sering tiada di rumah.
“Kalau Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan berkata: Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami. Mana ayah kami, selalu tiada di rumah,” ujarnya.
Terdahulu, pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar dengan berwakil walikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.
Dalam kenyataan video yang telah dibuat, Syamsul turut meminta isterinya itu pulang ke rumah untuk menyelesaikan segala kemelut di antara mereka.
Puteri Sarah menerusi respons segera terhadap berita tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan Ira namun mempersoalkan tindakan suaminya yang memberi kenyataan seolah-olah meletakkan kesalahan kepadanya.
Post a Comment for "“Setahun Ayah Pergi, Kami Rindu Ayah..” – Ibu Bapa Bakal Bercerai, Luahan Anak Syamsul Buat Ramai Sebak 🥺"