“Kalau dia jodoh saya, apa salahnya? Doakan saya boleh menghalalkannya” – Shuib
“Kalau dia jodoh saya, apa salahnya? Doakan saya boleh menghalalkannya” – Shuib
FOTO pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib bersama anak-anak yang dimuat naik di Instagram mencuri tumpuan netizen apabila memperlihatkan kelibat seorang wanita dipercayai turut bersamanya ketika itu.
Tampil menjawab spekulasi itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan.
Tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.
“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.
“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya kepada mStar.
Pada Selasa, tular gambar Shuib makan malam bersama anak-anak di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah pantulan di cermin memperlihatkan sosok tubuh seorang wanita sedang merakam gambar Shuib dan anak-anaknya.
Post a Comment for "“Kalau dia jodoh saya, apa salahnya? Doakan saya boleh menghalalkannya” – Shuib"