Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ajuk Juri Jemputan Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dikritik Tak Profesional

Ajuk Juri Jemputan Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dikritik Tak Profesional



Semalam berlangsungnya konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan menampilkan penyanyi terkenal sebagai juri jemputan.


Namun, ketika konsert berlangsung terjadi perkara yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila pengacara, Nabil Ahmad mengajuk cara juri itu memberikan komen menggunakan bahasa Inggeris.


 Susulan tindakan Nabil itu, rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gurauan Nabil yang didakwa melampau.


Malah, ada netizen meminta Nabil supaya lebih berhati-hati serta tidak mengajuk cara juri dalam memberikan komen kepada peserta.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat situasi itu berlaku dimana-mana sahaja sedangkan ianya bukan satu kesalahan untuk memberi komen dalam bahasa Inggeris.

Post a Comment for "Ajuk Juri Jemputan Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dikritik Tak Profesional"